Wednesday, January 26, 2011

-PeNcaRiaN eRTi-


Lama Sudah Kau mencari, satu erti dalam hidup yang sejati, sejambak kasih yang hakiki... Agar hidup ini dapat berikan kau erti, dimana kau sendiri kan fahami... Sudahkan kau temui..??

Sehingga ke saat kau menulis ini, kau masih lagi tercari-cari, pahit dan maung kau tetap tabah hadapi.. Hidup mu tidak pernah mengenal sepi, badai hidupmu melanda malam dan pagi...

Namun kau sebenarnya kuat..!! Pantang sekali kau mengalah, biarpun berkali-kali kau rebah, cepat kau bangkit dan terus meredah, semoga kau peroleh tabah...





Hidup kau masih panjang, teruskanlah berjuang..!! Hidup kau masih jauh, jangan kau biarkan ia runtuh...!!

Atur langkah kau cermat..
Hidup kau biar berentak..
Yang sudah usah kau ratap..
Kuatkan semangat..!!

Usah kau toleh ke belakang, Seandainya hidupmu yang dulu suram...
usah lagi kau terus mengenang, Seandainya tersilap langkah di masa silam...

Selagi nyawa masih dikandung badan, Hidupmu harus diteruskan..
Walau apa jua rintangan, Jangan kau mudah tumbang....

Jika kau dibasahi hujan..
Jika kau hilang arah tujuan..
Jika kau kusut dengan persoalan..
Jika kau tersasar dari landasan..
Segeralah mencari pangkal jalan..
carilah keampunan..
Pohonlah keredhaan..

Andai kau di jalan ilahi,
Pastinya kau temui erti,
bahawa tiada hidup seindah mimpi...!!

1 comment: