Tuesday, March 3, 2009

K.A.M.I -AnaK2 BebaS-


Mereka kata kita budak jahat
Mereka cakap kita hidup merempat
Mereka selalu anggap kita budak rosak akhlak
Kes-kes jenayah pun mereka tuduh kita yang buat
Mereka benci kita seumpama besi berkarat
Tengok kat kita pun mereka dah meluat.

Tak ramai di antara mereka yang betul melihat
Jiwa insan dengan perwatakan saling berkait rapat
Mereka tak penah tahu bebanan jiwa kita yang berat
Selami ke dasar hati tanpa muslihat
Nescaya mereka akan faham setiap tindakan yang kita buat.

Cuba susuri perjalanan hidup kami dari kanak-kanak
Punca bagi setiap kejadian mesti bersebab
Manakala sebab pula akan disusuri dengan akibat
Akibatnya disini lahirnya KAMI yang telah terjebak
Kami remaja bebas yang tidak terikat.

Kini kami terlibat
Kini kami sudah sependapat
Kini kami terjerat
Kini semuanya sudah terlambat.

Bukan simpati yang kami harap
Bukan perhatian yang kami ratap
Coretan ini bukan untuk menyakat
Apatah lagi menyakitkan hati masyarakat
Tidak terlintas langsung sebegitu niat
Tujuan kami untuk meluahkan agar emosi kami dirawat.

Kami tidak setuju dilabelkan sebagai budak jahat
Bukan menjadi kebanggaan bergelar budak rosak akhlak
Kami akui ada dalam kalangan kami telah terjebak
Di dunia kelam sampah masyarakat
Di lembah pelacuran bergelumang maksiat
Di kancah perjudian menjadi hamba arak
Di dunia rempit beraksi di jalan menjadi tabiat
Di alam songsang dimana seks adalah liwat
Di pentas hiburan yang tidak bermartabat.

Kami sedia menerima sebarang pendapat
Mungkin benar kami remaja yang tandus adat
Mungkin terjadi kerana kami tidak memandang darjat
Sebabnya kami tidak hipokrit sekadar bermuka kerana pangkat.

Mungkin benar kami remaja identiti sesat
Pada mereka, kami berpakaian kekwat
Pada mereka, imej kami obses barat
Di mata mereka, disana-sini tempat yang sendat
Maka adalah syarahan bertajuk "Aurat".

Kini kami sudah berfikiran ligat
Apa sahaja datang dari mereka kami terima dengan bulat
Kami akan dengar walaupun tidak berminat
Menoleh kebelakang membuat kami penat
Mereka tidak memahami pun kami tidak berasa ralat.

Memudahkan cerita, kami telah bertekad
Kisah kami tak akan selesai dengan bertekak
Jadi teruskanlah mengata kami sehingga terlarat
Kami dah lali dan fed up akan sebegini sikap....

1 comment: