Tuesday, March 3, 2009

Salahkah Aku..???



Aku yang bersalah kerna cintai dia..
Aku yang buta menilai corak lakunya
Aku yang tertawan pada renungan matanya
Aku yang terpaku menatap wajahnya
Namun antara kami jauh bezanya
Kerana nalurinya begitu sempurna..

Aku yang bersalah kerna cintai dia..
Sedangkan dia setia memuja sang hawa
Tidak mungkin kita akan dapat bersama
Kerana cintanya milik sang bunga..

Aku yang bersalah kerna cintai dia..
Tak mungkin dia tergoda pada kaum yang sama
Rupanya aku sekadar teman bicara
Aku yang tersilap mentafsirkan segala
Akhirnya diri sendiri yang kecewa..

Aku yang bersalah kerna cintai dia..
Begitu mudah aku jatuh cinta padanya
Begitu cepat aku menaruh harapan untuk cintanya
Begitu senang aku berikan perasaanku untuknya..

Aku yang bersalah kerna cintai dia..
Kerana telah tergoda pada paras rupa
Setiap hari aku dambakan cinta ini berbunga
Setiap malam aku mimpikan ucapan cinta darinya
Setiap saat aku terbayang kehadiran wajahnya
Ingin aku meluahkan kata cinta
Tetapi ku bimbang andai tak diterima
Tidak mampu aku memendam lagi rasa..

Aku yang bersalah kerna cintai dia..
Kini aku tersiksa menanggung rindu di dada
Teramat perit untuk aku terima
Bahawa cinta ini tak mungkin akan bermula
Cintamu hanya menjelma di dalam lena..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

B
egini yang aku rasakan dalam hidupku kini.. Hidup terasa kosong, tiada siapa mengerti apa yang aku rasakan. Tiada siapa pun antara kita yang mahu dilahirkan untuk menjadi homoseksual seperti aku. Cintaku berputik pada kaum ku sendiri, agak sukar untuk diterima oleh masyarakat kita. Tetapi perasaan ini lahir dari sudut hati nurani ku, terus meresap kesetiap ruang jiwaku. Tak mampu aku untuk membendung perasaan ini dari terus menguasai fikiranku. Aku sesungguhnya insan yang tak berdaya dan lagi lemah akan godaan. Tiada siapa akan fahami perasaan ini melainkan mengalaminya sendiri dalam hidup kalian..

Idan.. Seorang insan yang aku kenali dulu. Seorang insan yang aku sayangi dan teramat aku cintai. Setiap kali aku memandang wajahnya, setiap kali jugalah aku tertawan pada paras rupanya. Jantung ini akan berdegup kencang bila aku berhadapan dengannya. Tetapi cinta ini hanya mampu aku pendam sendirian. Aku sedar cinta ini cinta terlarang..

Idan.. Seorang rakan yang baik terhadap aku. Kebaikanmu itu telah aku salah ertikan menjadi cinta, lalu tersemailah benih harapan dalam hatiku. Apakah kau sedang bermain dengan emosi ku..? Adakah ini semua telah kau rancang untuk menjatuhkan aku..? Kenapa kebaikan yang kau tunjukkan kurasakan amat berbeza daripada kawan kita yang lain. Mungkinkah kau tahu kelemahan aku sebegini..?? Berikan aku jawapan agar aku bisa hidup dengan tenang..

Idan.. Kenapa kau membiarkan saja aku menikmati kehangatan tubuhmu itu..? Kenapa kau membiarkan semua itu berlaku, merelakan semuanya pada malam itu..? Ya.. Malam yang akan aku kenang mungkin untuk sepanjang hayatku.. Jika aku hanya kau anggap sebagai seorang rakan, tak mahu aku melakukanya di malam itu.. Menambahkan lagi luka di hati setelah kasih sayangku membara di kalbu..

Idan.. Betul apa yang aku rasakan dulu.. Semuanya setelah hatimu dicuri oleh seseorang yang pasti bukan dari kaum mu. Mudah bagimu untuk melupakan apa yang telah berlaku antara kita dulu. Tetapi tidak bagiku,sayang.. Mulanya aku merasakan peritnya apa yang telah kau lakukan terhadapku. Walaupun tanpa lafaz cinta kau ucap padaku, atau sebarang kata yang bisa mengikat kau dan aku, tetapi aku akan abadikanmu kedalam mimpi-mimpiku..

Idan.. Aku yang bersalah kerna cinta padamu. Sedangkan kau tidak sealiran denganku. Mungkin apa yang berlaku antara kita dulu hanyalah sekadar melepaskan kegersangan yang kau alami. Aku yang sepatutnya berterimakasih kepadamu kerana telah memberikan aku peluang menumpang kasih dari mu. Setidaknya kau telah memberikan aku kebahagiaan walaupun sementara dulu.

Idan.. Aku doakan kau bahagia di samping bunga pilihanmu. Aku juga doakan kejayaan dalam hidupmu.. Kejarlah impian mu kerana pintu kejayaan buatmu terbuka luas di sana. Aku..?? aku akan teruskan hidupku disini di tempat baru, bersama impian baru.. Jika kita dipanjangkan umur, semoga kita berjumpa lagi..

No comments:

Post a Comment