Tuesday, March 3, 2009

PIJAK


Hidup manusia pijak memijak
Mereka yang lemah akan dipijak
Percayakan orang, kawan yang pijak
Terlalu sayang, kekasih yang pijak
Angkara wang, masyarakat berani pijak
Jadi pandai-pandai hidup kalau tak nak kena pijak..

Undang-undang manusia memang begitu
Mereka kini berhati batu
Dalam berkawan memilih bulu
Cinta tak memadai sekadar restu
Harta dan nama lebih diburu

Dalam hidup kena berduit
Baru kawan datang berkepit.

Hidup kena pandai bergaya,
Baru ramai datang menggoda.

Jangan sekali hidup merendah,
kerana ego yang mereka tadah.

Bercakap kena pandai berpura,
Kerana kebenaran bukan segalanya.

Hidup mesti buat jahat,
Kita tak akan dipandang palat.

Hidup harus berani bertaruh,
Baru kita dianggap jaguh.

Jangan selalu berbuat baik,
Kalau tak nak kena petik.

Jangan selalu bagi muka,
Nanti dipijaknya kepala.

Berkawan biar sekadar di mulut,
Kalau tak nak jadi pak turut.

Begitulah ragam manusia,
Sebenarnya mereka telah terlupa
Hidup kita seumpama roda
Tidak selamanya diatas sana
Tiba masa kebawah jua.

Waktu itu baru kita akan merasa,
Betapa manusia zalimi dunia..


1 comment: